Thursday, April 14, 2011

Ding dong ^_- Alhamdulillah tenet makin berkembang

Beep beeppppp!!! hai semua.wish uols gud night. krrukkkk... bunyi perut tetiba rasa lapar lak.padahal hari ni dah 3X makan nasi.cukup pagi,tengah hari dan petang.ingat nak control makan malam.tapi nak wat camna dah laparkan.tapi tahan jela kali ni.malas lah nak berkunjung ke dapur.ishhh perut ni mengacau lak orang tengah syok2 wat blog.biarlah aku seksa kau perut.hehe sian perut aku.oklah,kita lupakan cerita pasal bab2 makan ni.kita beralih ke entri pasal bengang! bengang! bengang!.wahhh ayat macam tunjuk temberang je.huhu.
Ok,bisa gue teruskan ya.hehe ya bisa kok.Ok menurut kajian, aku rasa lapar ni sebab tadi tunggu setting wifi dibaiki. kring kring kreeenggggg!!! kakak aku tengah kol agent TM nak minta setting wifi.aku rasa dah banyak kali dah wifi ni rosak sejak kena petir.namun begitu,keadaan masih lagi mengecewakan apabila saban hari wifi rosak berturut2.macam nak bagi kaki je kat TM.tapi HARUS sabar.amboi ayat macam sastera tak sastera...hehe apa kata kita skip story ni best gak kan :-p
ok selepas di telefon, dan banyak kali tukar setting....wifi pun dah elok. semua penghuni rumah ni online terus buka pesbuk masing2. Ahhh layan lah masing2 tak hiraukan sesiapa.almaklumlah,macam baru menerokai teknologi internet.haha baru sedar internet pentingnya zaman skg.yela, macam2 gadget yang melalaikan kita kan.sabo jela kan.okelah deh, aku rasa sampai sini je.rasa macam mengantuk dah.daaaa @_@...

Wednesday, April 13, 2011

Bosan yang teramat sangat

Assalamualaikum uols... morning ^_^. Eh belum naik tengah hari lagi ek. uhuk2 rasa cam dah nyanyuk ni.rasa cam kuno pon ada. adeshhh bosannya duduk rumah je. tak lain tak bukan goyang kaki, geleng kepala, makan, tido dan yang paling penting ONLINE. Ermm sebut pasal makan, nasib baik aku baru je lepas brekfast.dah kenyang takde lah perut mengacau aku tengah syok2 online ni.biasanya kalau tak makan lagi, kalau dah start online mesti takde masa untuk menjamu.Camnilah remaja zaman sekarang GILAK online.Oopsss!!!
Haiz!!! sejak kebelakangan ni dah dua tiga hari aku tak online cuz wifi rosak lah plak. agent TM.net pon dah empat lima kali datang untuk baiki wifi.tak sampai sehari dah xleh on tenet punyalah aku bengang.aku plak yang emo.aku memang kadang2 sewel.so ada aku keysa??? yang penting aku tak kacau hidop orang.hehe O_O.
Eh korang nak taw tak??? dulu ye2 je tuan blog ni kata nak rajin2 update blog.padahal sekarang dah terbengkalai homepage blog aku ni.Almaklumlah takde idea nak muatkan dalam blog ni. biasalah penganggur malas berfikir macam ni lah.mesti ramai dah yang skodeng blog aku tapi still sama je entri.orang pon tercari-cari "eh eh mana lah entri baru manusia ni"... haha perasan plak aku ni. entah2 sorang pon takde yang sudi baca setiap entri blog aku ni.Alahai sedih pulak dengarnya.haha. ahhh, negative thinking aje.tapi aku ada bukti taw siapa yang masuk halaman aku ni.keh3.pembaca pon mesti cuak ni kan.lalalalalalalala. eh korang faham tak aku cakap ape ni??? aku ni macam cakap sorang2 plak. bukan orang GILAK k. Opsss terlepas cakap lak.gurau jela.JANGAN PERCAYA...
Uhuk2!!! pagi yang indah ini tak taw nak wat ape plak.selalunya aku buat bodoh je.tapi skg dah bosan wat bodoh.pasni tataw nak wat ape lagi. tapi takpe, cuz xlama lagi aku akan start my new journey katakan.tapi ini rahsia. Shhhtt!! sporting2.hehe. Tapi teringin pulak nak jadi sorang wanita berkerjaya yang sentiasa busy dengan keje sana sini.aku tengok cam best je jadi orang busy.mungkin sebab sekarang ni aku duduk menganggur je.tapi bila aku ditempat orang yang sentiasa busy mungkin aku tanak kot.complicated kan.banyak songeh orang melayu kata.hehe.
Namun, kebosanan demi kebosanan mengganggu hari2 yang indah ini.aku pulak terus dan terus membengkak kan jari jemari menaip kat blog ni.dan seterusnya berpesbuking [facebook] sampai tak ingat dunia.tapi akhirat tetap diingati.cewahhh!!! camtu plak dah.
Aku rasa otak cam dah blank.maksudnya kehabisan idea lah.so tataw lagi apa nak tulis dalam entri ni.tapi rasa cam best sangat hari ni dapat update blog.ntah lah, tapi tetiba lah plak aku rajin menjenguk blog ni.padahal selama ni aku buat endah tak endah je.mungkin sebab tak lama lagi aku akan menjadi orang yang lebih busy lagi lepas ni kot.so aku update lah awal2.sekurang2nya sebulan sekali ada jugak entri baru termuat dalam blog ni.dulu tiap2 hari aku update.sekarang sebulan sekali pun bole.entah2 lepas ni 3 bulan sekali.aduhhhsss lagi kesian blog aku ni. ada sesapa nak jadi ADMIN my blog ke??? no! no! no!, takan semudah itu coz aku sayang blog aku ni.haha.
Oklah,aku rasa sampai sini je entri aku kali ni.sekurang2nya dapat jugak aku hilangkan bosan kat entri blog ni.nanti jumpa lagi di lembaran seterusnya. papai :-))

Friday, April 1, 2011

Bikin panas!!!

Eh!!! kali ni gua terus men terjah masuk entri baru.gua bilang gua sudah bosan dengan mulut longkang kau.lu sesuai lah security bermulut longkang.mula2 gua cuba bersabar gua takmau melawan cakap lu.tapi lama2 lu makin hari makin macam sampah dan longkang.gua mau tanya semua orang, manusia ada tahap kesabaran tak??? dats why kesabaran gua tercabar.eh lu boleh maki hamun gua apa pun gua sabar je selama ni.gua tak kacau hidup lu.gua biarkan je lu cakap itu ini.tapi satu hari bila lu dah melampaui batas, gua tak mau kira sama ada lu horang tua ke muda gua tetap mau bantai lu kaw2 punya lah.selepas gua sudah bantai dia, gua pun menyesal.EH!!! apa gua bantai dia teruk sangat ke??? padan muka lu. ni baru gimik.belum yang power2 punyer ayat lagi. Oopsss terlebih sudah!!! yang penting jangan kacau hidop gua, lu pasti aman damai sana okeh -_- ...

SEruan BErkaroke

WatsuPpz!!! yehaaa siapa tak kenal ni raja karukkk!!! rindu kat kengkawan seperkarokean semua.patutlah hujan turun lebat tadi, kawan kawan aku pegi karoke rupanya.haha ayat kuang asam!!! kalau jeles cakap jela kan.lalalalalala.baru-baru ni SITI NURHALIZA production telah menjemput aku untuk wat test bakat yang terpendam ni.namun rezeki tak berpihak pada ku,pelawaan kak siti telah di tolak free free camtu je.sumpah menipu weh haha.

tudiaaa kita punya sifu."tunjuk ajar ku sifu".sore ala2 sifu ni lah.kalau nyanyi hujan takan turun turun p katak bole tido taw dengar sore kita nyanyi.bukan sore kak siti ye tapi suara-suara kita.huhu (diri sendiri tak ngaku kunun).even camna pun kak siti tetap no 1 kalau mendendangkan lagu.kebanyakan lagu yang di dendangkan kalau pegi karukkk semua lagu kak siti hahak !!! kantoi sudey :))





huhuhu kalau aku cakap maher zain pun ada panggil aku untuk buat rakaman lagu mesti korang jeles kan??? haha jangan percaya lah.maher zain tak kenal aku kot.aku penah nyanyi berduet ngan maher zain tapi dengar dia dalam radio dan nyanyi sama sama.takde keje kan !!!oke lah aku dah lapar.nak menuju ke jinjang meja makan untuk menjamu selera dengan hidangan sambal udang sayur sayuran dan sotong goreng...sedappPppP meletup !!! bye semua :-))

Love everything about POLKADOTS !!

SAlam uols, muncul lagi owner blog ni kan.huhu suka suki lah yang penting aku tak kacau hidop orang.wahhh ayat minta penumbuk sebandol.laa sapa tak kenal dia yang ranggi dan rockstar ni kan haha lagi lah poyos.pegi mana mana mesti style polkadowt.bukan lah selalu bersama polkadot.tapi semua dah taw dia is ratu polkadot.see lah picture pokkadot yang HARUS ada dalam diri :-))









DIa tanak cakap banyak dah
yang penting love everything about POLKADOTS !!

Friday, January 7, 2011

Hadapi dengan hati yang tabah,lapangkan dada :-)

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

la tahzan

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan kita

Jangan bersedih dan merungut dengan ujian yang Allah bagi kat kita, sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu itu tempuhinya...
redha dan pasrah dengan setiap ujian amatlah dituntut...
sesungguhnya setiap ujian yg kita lalui itu ada hikmahnya...
Allah menguji kita kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dia sayang dan ingat kan kita...
manusia sering lalai dan alpa dengan dunia...
kadang kadangg sampai lupakan Allah...
kita kena ingat bahawa Allah adalah kekasih sejati dan abadi kita..
adakah kita sanggup walau sesaat melupakan kekasih hati yg dicintai..
tentu tidak kan...???
Ingatlah Allah maha pengampun:-))