Friday, January 7, 2011

Hai semua,,,

Salam semua...opsss aku hampir hampir terlupa yang aku ni ada blog.maklumlah baru baru ni aku takleh nak bukak pasword gmail aku so terpaksa aku berhijrah ke emel baru tapi still guna blog yang sama ni.sebabnya dulu blog aku connect dengan emel gmail je huhu cerdik kan!!! haha. eh aku ni separuh men terjah bagi salam tapi tak tanya khabar. sory aku lupa.hai korg semua apa khabar??? sihat??? dah makan??? opss baru lepas melabur ke ahahaha gilak!!! tAk SeNonOh~
Aiseh dah masuk tahun baru.semua orang pun dah taw tahun baru dah berlalu beberapa hari kan.maknanya umur pun dah meningkat baru,hehe.penampilan pun kena ubah yang baru. eh! eh! yeke??? yela kot ibarat hidup beralih angin, tahun baru ni semua nak kena ganti baru je.boperen pun kena baru ke??? lerrr perlu ke??? hehe korang kat luar sana jangan nak cuba2 ganti boperen yang tu biar kekal hehe.kalau camni lah aku dah bole2 dah jadi dokter cinta yehaaa!!! oke aku teruskan entri:-


.....................................................................................................................................................




Alaf baru? ada apa dengan alaf baru? huhu kebanyakan orang dah tuka layout homepage blog.aku ni bila lagi nak tuka.jeng... jeng... jeng... 1 2 3 tukar +_+...dah macam rancangan TV 1 2 3 tukar hos sarimah ibrahim kan.tingok tingok aku dah tukar layout dah.amacam layout baru??? sweet kan haha kesian puji sendiri.lantak lah derrr!!! yang penting korang tak busannn asyik tingok layout yang sama je dari dulu kan hehe ^_~



====================

Semua orang "TAK UAS HATI"
kenapa???
hehe sebab entri macam tak masuk akal sangat.tetiba masuk gambar bear kat entri ni.
suka hati akulah
blog aku,lantak akulah
yang penting aku tak kacau hidop orang
Wahhh!!! ayat gilak touching
macam SENGAL je
padahal aku gurau je cakap camtu :-p

Tantek an bear ni huggies


ni apa jadah lah plak ni
tetiba terupload
tapi xpelah
buat hiasan
orang pun bertanya
saje terupload ke memamg saje2 upload???



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Busannya kat umah ni pruitt...pruiittt...bunyi perut tengah lapar macam memanggil "fruit" lak. cari cari makanan jumpe sang megi ruski je. malas pikir banyak aku layan je, megi pun megi lah janji aku kekenyangan. tetiba bunyi pintu macam ada orang ketuk tuk...tuk...tuk...panggil nama aku chunnnn!!! wey syukur Alhamdulillah housemate aku dah balik bagi hidangan kacang badam kat aku. aku layan je sebab tengah kelaparan terima kasih housemate hehe.



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Aku tataw napa aku suka sangat men conteng conteng kat blog ni padahal idea dah pokai ni,lol
bukan azam baru aku men conteng2 oke.
kang jadi vandalisme lak,oh!! tidak mungkin dia begitu rupa
.
aku rasa busann lagi ni dah kedua kali aku cakap busannn skg ni tengah baca majalah Dara.com. beselah peminat setia majalah Dara ni since 1989 eh tipu tu aku baru lahir. since 2006 lepasan form 5 laa. dulu tak suka beli majalah tu suka datang kat kedai buku tak kira MPH ke kedai buku Eatons ke ape aku belasah je yang penting aku dapat baca majalah Dara tu hehe.

kejap! kejap!
nak upload gambar jap...teeetttt*

ni lah yang aku baca skg...
teman aku setiap hari...


okelah nanti ada time aku continue lagi untuk text kat blog ni...
aku nak...
End.... tata!!! ;-))







Wednesday, December 29, 2010

welcome uol's

"Membeli tikar ke seberang perai
salam sejahtera pembuka tirai"

Welcome uol's woot woot.......welcome back to peninsular
huhu amacam bunyi pantun dua kerat Sdn.Bhd aku ni???yela kali ni aku setart dgn pantun lak plak kan.takan asyik "hai,hello,hui,hoit" je kan nanti korg bosan plak.ubah style kunun gituh^_^..

pok...pok...pok bunyi tapak kaki pejam celik dah nak masuk tahun baru kan.eh!!! cepat gilak masa berlalu.semoga di tahun baru ni rezeki melimpah limpah datang kepada kita semua kan InsyaAllah.jap jap esok cuti eh??? lerrr best gilak dah boleh2 dah lepaking dengan kawan2.
Aduishhh,cuti dah nak abes dah.macam nak tambah cuti lagi.kalau aku diberi peluang bercuti setahun lagi pun boleh.mesti sonok gilak!!! tapi tak habis cuti lagi dah balik sini.tak puas pun duk cuti kat borneo.tetiba aku dah naik kapal terbang "Awan dania" semalam.ingat ke mimpi di alam fantasi.eh sikit gua bilang "nightmare" rupanya aku dah sampai peninsular perhhh!!! bosan lak kat sini,tapi skg ni aku tengah nonton citer cartoon "segah di nusantara"eh kartun ni best gak hilang bosan gua.kartun temberang huhu!!! dan begitulah kisah kartun segah begini lah jugak hidup umpama tidak bernoktah dari nusantara ke nusantara.dan maksud aku disini nusantara terpaku asyik depan kaca Tv je cuti ni sangat best.
Namun hidup seperti beralih angin cuti sebulan dua bulan pun aku tetap bersyukur dapat gak rest2 paler hotak huhu.kita bercakap lah plak pasal kehadiran 2011.ada gak yang rindu 2010 ada gak yang tak sabau2 nak masuk 2011.laa yang takut nak masuk 2011 tu sebab risau pasal umo makin meningkat yee??? tu lah aku bilang we r still young lah i mean here still "baby face" haha nyampah derrr!!! huhu but now apa yang di harapkan pada tahun baru ni kita semua murah rezeki Amin ya rabbal alamin.ermmm aku rasa cam malas dah nak text kat blog ni.habis idea dah.nanti continue lah.End sat huhu.
dan untuk 1 malaysia selamat bercuti esok dan happy new year and happy bufday to my brother 2mrow 31 dis...

Monday, December 6, 2010

Salam maal hijrah utk 1 malaysia

Assalamualaikum 1 malaysia...welcome you...Alhamdulillah syukur kita kehadrat ilahi,pejam celik dah nak masuk tahun baru islam yang kita nanti2kan.meskipun banyak dari umat2 islam memandang "biasa-biasa saja" tahun baru islam ini namun sesungguhnya saat pergantian tahun islamlah saat yang paling tepat untuk memulai sebuah resolusi baru dengan azam baru di tahun baru.
"resolusi baru",seperti itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagiaan saudara2 kita saat mereka merayakan pergantian tahun baru masehi.namun sebenarnya momen yang tepat untuk memulai resolusi baru adalah ketika pergantian tahun baru islam.kenapakah dan mengapa??? anda semua pasti tertanya2.ke ada yang buat tak heran.huhu its ok its alrite.teruskan membaca entri blog ni.sory aku bukan ahli sasterawan yang pandai mengeluarkan ayat2 sastera yang banyak ibarat2 macam pakcik kita si karamsigh tu.yela,aku memang tabik kat dia mmg banyak ibarat before mengakhiri ucapannya.oupsss!!! lari tajuk ke.oke kita teruskan...
Mengapa ye tadi??? disini ada jawapannya kenapa.untuk menjawab pertanyaan tadi kita akan melihat sekilas jauh kebelakang tentang asal muasal dimulainya perhitungan tahun/kalendar islam(hijriyah).ketika itu khalifah umar bin khattab ra. setelah berunding dengan beberapa penasihatnya akhirnya telah memutuskan menggunakan tahun baru dimana Rasulullah saw. berhijrah dari mekah ke madinah sebagai awal perhitungan kalendar islam.momentum hijrah Rasulullah saw. dianggap mewakili "era baru",kerana bukan halnya saat itu Rasulullah berhasil meloloskan diri dari kota mekah yang tidak sudah kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan islam sehingga beliau berhasil membangun pondasi mental dan spiritual bagi umat islam yang terasa sampai sekarang ini.para salihin mengajar kita untuk berdoa menjelang pergantian tahun...
Dan setelah kita memulai tahun baru islam nanti semoga hidup kita lebih diberkati dan di rahmati Allah swt.seperti pepatah "buang yang keruh ganti yang jernih" pabila kita sudah memulakan langkah ke alaf baru era baru wif azam yang baru.
Seterusnya,agak ditakuti ramai jika remaja zaman skg salah menggunakan tahun baru islam dengan sambutan yang tak elok."lu pikir lah srndiri".
okelah,rasanya entri aku kali ni sampai sini je.aku tataw ayat aku agak formal ke tak.tapi ni utk renungan bersama semata2.
Salam maal hijrah untuk semua^_^

Sunday, November 14, 2010

Manusia yang bajet menagih respect tapi tak layak !!!

Heys!! bajet beruban means orang tua ke???
kalau lu ada uban pun apa masalahnya
nak kecoh lu orang tua la???
ntah2 penyakit rambut ke ape tataw lah
gua pun leh warna rambut gua warna putih dan cakap nampak ni uban!! uban!! haha
lu bajet beruban dan minta lu di respect
lu sendiri tak respect orang padahal
haha ayat gua macam nak minta kaki sebandol pun bole !!

Lu mau tagih penghormatan dari semua orang
eh !! aku bilang lu tak layak !!
lu layak dapat sepakan laju2 dari mr.ronaldo
gua bilang lu ndak layak jejak bumi
sorry brader !!!

GUA...

BILANG...

LU...

TAK...

LAYAK...

JEJAK...

BUMI...

"ini FAKTA,bukan AUTA"

Tuesday, November 9, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA :)

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Drama lestari ASMARA terjerat dalam perjanjian nyawa

Assalamualaikum w.b.t semua
sekarang ni saya tengah menonton cerita yang hangat ditayangkan di TV3
cite "ASMARA' yang mana menyampaikan mesej dan mengambil ikhtibar daripada masalah sosial remaja sekarang akibat daripada pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama
Dengan judul ASMARA cite ni membawa tema "Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa" di slot lestari setiap selasa 9.00pm.



drama episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara heykal hanafiah dan skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.Asmara akan menggandingkan bintang baru seperti shaz jazle sebagai Asmara,faezah elai sebagai Zaliya dan selain daripada pelakon-pelakon popular seperti nazim othman,fiza elite,syed ali,dian p.ramlee,mustapha kamal,fauziah nawi dan rahim jelani.Amboiii,aku rasa aku dah macam pembantu pengarah dah hafal pulak nama pelakon.so,silah lah menonton sampai lebam hehe^_^


kalau nak taw cerita ini lebih lanjut
sila lah menonton sambi makan tempeh goreng sulam dengan juice apple asamboi pun bole.selepas menonton cerita ini mungkin anda akan rasa sakit hati penuh emosi disamping mendapat sedikit pengajaran kepada kita semua.kalau saya kata best memang best lah cite tu^_^

Tuesday, October 26, 2010

Mereka TIDAK reti menghargai kaum wanita

Sesaat Awal pernikahan...
Suami: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Isteri: apakah kau rela kalau aku pergi ???
Suami: Tentu tidak ! jangan sesekali kau berfikiran begitu !
Isteri : Apakah kau mencintaiku ???
Suami : Tentu ! selamanya aku akan tetap begitu !
Isteri : Apakah kau pernah berlaku curang ???
Suami : Tidak ! aku tidak akan melakukan hal seburuk itu !
Isteri : Mahukah kau mencium dahiku ???
Suami : Ya !
Isteri : Sayangku... !
Sesudah 5 tahun berkhawin...
ANDA BACA DARI BAWAH KE ATAS PULAK.....^_^...