Sunday, July 3, 2011

Alhamdulillah,tuah orang ! kita menumpang gembira ;-))

Salam ukhwah, Alhamdulillah~ syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin Allah hari ini saya dapat meluangkan masa bersama blog saya dan meng-UPDATE dengan sungguh-sungguhnya. seriously saya katakan, cuti ini sangatlah membosankan.maklumlah,jauh dengan keluarga.kat sini saya hanya bersama siblings je.tapi ini lah lumrah sebagai hamba Allah.oklah,kita teruskan entri selanjutnya.seperti yang kita tahu,baru-baru ini pertandingan peringkat akhir imam muda telah pun berlalu.saya rasa anda semua taw kan?saya pun taw pasal tu.haha.tapi yang sangat membanggakan ialah Imam Muda Hassan telah di nobatkan sebagai juara pada pertandingan musim kedua ini.http://www.facebook.com/diadeazara?success=1#!/search.php?q=imam%20muda%20hassan&init=quick&tas=0.1964806385818496 ni dia link untuk kelab penyokong Imam Muda hassan. yelah,tidak dapat dinafikan lagi bahawa Imam Muda Hassan ni lecturer kat IIC iaitu kolej saya sendiri.Waduhhh! lagilah saya bangga! Ermmm,kalau macam ni, tiap2 hari saya nak datang awal ke kolej.haha tade kaitan, saje je!!! misti student IIC bangga kan? yelah, saya sendiri pun dah bangga,even menumpang tuah badan orang lain tapi dapat nama gak. Eh!!! haha ^_~.Imam Muda Nazrul apa kurangnya pulak. bagi aku both of them is the best.tade beza pun. tapi menang dan kalah itu sudah adat pertandingan.kalau lah boleh, dua2 saya nak dorang jadi juara. Wehhh aku pulak over excited perghhh ~ i tell u....




Imam Muda Hassan sebagai JUARA !




"Kedua-duanya adalah yang terbaik. Nombor tiada maknanya di sisi Allah jika perjuangan dakwah tidak dilaksanakan kerana Allah... :-)) <3". Wokeh,yang sebelah kiri tu Imam Muda Nazrul, sebelah kanan pulak Imam Muda Hassan. Alhamdullilah dua-dua pon sangat berbakat, ada muka, sangat berkarisma, pandai memberi penyampaian yang bernas dan sebagainya :-))
-------->Dengan rasa bangganya, saya akhiri entri blog saya dengan ucapan sekalung TAHNIAH kepada kedua-dua Imam Muda Nazrul & Hassan.teruskan perjuangan ke jalan Allah ;-))
Sekian... wassalam.

Wednesday, June 15, 2011

Ceritera kisah tong gas dan tuannya ^_~

Welcome uols... apa khabar semua??? masuk2 je entri baru terus main terjah.weh terkejut jantung kucing kau.haha!!! weh jum gosip.banyak gilerrr nak cite ni.ce cite ce cite. wadefuuuu!!! aku mau bilang sama kalian semua "warden" asrama kiteorang tu kira over gak lah.baik tu baik.tapi takan setakat TONG GAS pon dia marah nak guna kot.logik tak logik??? Eeee,bengang gileerrr kot.bapak member aku dah penat penat mengguling tong gas tu,tetibe ada komplen takleh bawak tong gas kat hostel.pelikkan??? rasa cam nak lempang je die!!! eh berani ke??? haha.cakap je lebih kot. ape tak nya, tak sempat merasa kemeriahan api2 dapur gas tu, dah di tarik balik kemudahan oleh warden. sangup dia beli segala dapur tong gas tu semata-mata.ok aku pon plan, kena amek kesempatan diwaktu kesempitan haha.sape suruh!!! warden tu nak beli dengan harga berapapun.sebab dia bajet dia kaya lah.tapi memang kaya pon,cuma pakaian je selekeh.tapi semua tu takleh pandang rendah lah kan. aku pun suggest kat member aku suruh warden bayar rm140. kira berpatutan gak lah.tapi pikir2, macam dah bagi betis nak pehe plak.tu lah, len kali jangan berlagak!!! haha.

Selepas beberapa hari...

tetiba ada surat arahan tentang peraturan asrama yang di edar oleh assistant warden tu.kiteorang bacalah dalam warning tu, tertara "TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA TONG GAS".bajet takut meletup lah konon. Ehhhh, brader!!! lu perli gilerrr kot. nasib bek geng aku cool je beb.haha agak2 cakap ni dah cukup temberang lah kunun.ceh aku kemain ag kan, jangan bajet gengster sangatlah!!! ahhh kiteorang buat bodoh je sudey. tapi sedehnya, tong gas untuk masak dah tade.terpaksa lah pakai cara zaman2 p.ramleee dulu.haha.

sabar jelaaa kan :-))

THE END

Sunday, May 8, 2011

Happy Mothers Day Song

Mama's The Word!

Welcome uols.wish to all mothers in world "happy mothers day", especially to my dear mama.I sent a thousand apologize to mama,sorry all my mistake.hehe wat plak ayat touching kat sini.

A simple word just for you mama
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


LOVE



so

MUCH

MAMA


 I glad to be ur self mom,miss u so much muahhhhhhx.

kepada family2 diluar sana yang menyambut happy mothers day mesti sonok kan.yela,kalau kita mana dapat sambut,cuz berjauhan dengan mak.but, a simple word also is most appreciated,important and valuable.tol tak??? ce cite ce cite.hehe.ok aku ada some gift lagi to my mama.banyaknya gift.hehe.nak taw tak ape dia??? jeng jeng jeng.......


To A Gift on Mother's Day

Through my eyes I see

A sanctum,
Where there are leaves to lead the way;
There the grass needs never cutting
And stays groomed everyday.

Through my eyes I see
A sanctum
That no one can take away.
And through my eyes I see a place
Where all the kids can play.

Through my eyes I see
A sanctum
Where all the days are years;
The mommies there will never age,
Nor will they cry a tear.

I think I'll call this Mom's Land,
For beyond its flowered wall,
The beauty matches only a mother's

And that is the most beautiful of all. 


Mom, all is about u today,its ur time.hope u happy always mama.Eh2 jap ada gift lagi tok my mama.hehe maklumlah,sejak hari ibu ni banyak je kejutan2.SUPRISE!!!


Amacam ngan suprise aku??? best kan.hehe semoga my mama terhibur.im always pray for u mom.take care always.love mama :-))

Thursday, April 14, 2011

Ding dong ^_- Alhamdulillah tenet makin berkembang

Beep beeppppp!!! hai semua.wish uols gud night. krrukkkk... bunyi perut tetiba rasa lapar lak.padahal hari ni dah 3X makan nasi.cukup pagi,tengah hari dan petang.ingat nak control makan malam.tapi nak wat camna dah laparkan.tapi tahan jela kali ni.malas lah nak berkunjung ke dapur.ishhh perut ni mengacau lak orang tengah syok2 wat blog.biarlah aku seksa kau perut.hehe sian perut aku.oklah,kita lupakan cerita pasal bab2 makan ni.kita beralih ke entri pasal bengang! bengang! bengang!.wahhh ayat macam tunjuk temberang je.huhu.
Ok,bisa gue teruskan ya.hehe ya bisa kok.Ok menurut kajian, aku rasa lapar ni sebab tadi tunggu setting wifi dibaiki. kring kring kreeenggggg!!! kakak aku tengah kol agent TM nak minta setting wifi.aku rasa dah banyak kali dah wifi ni rosak sejak kena petir.namun begitu,keadaan masih lagi mengecewakan apabila saban hari wifi rosak berturut2.macam nak bagi kaki je kat TM.tapi HARUS sabar.amboi ayat macam sastera tak sastera...hehe apa kata kita skip story ni best gak kan :-p
ok selepas di telefon, dan banyak kali tukar setting....wifi pun dah elok. semua penghuni rumah ni online terus buka pesbuk masing2. Ahhh layan lah masing2 tak hiraukan sesiapa.almaklumlah,macam baru menerokai teknologi internet.haha baru sedar internet pentingnya zaman skg.yela, macam2 gadget yang melalaikan kita kan.sabo jela kan.okelah deh, aku rasa sampai sini je.rasa macam mengantuk dah.daaaa @_@...

Wednesday, April 13, 2011

Bosan yang teramat sangat

Assalamualaikum uols... morning ^_^. Eh belum naik tengah hari lagi ek. uhuk2 rasa cam dah nyanyuk ni.rasa cam kuno pon ada. adeshhh bosannya duduk rumah je. tak lain tak bukan goyang kaki, geleng kepala, makan, tido dan yang paling penting ONLINE. Ermm sebut pasal makan, nasib baik aku baru je lepas brekfast.dah kenyang takde lah perut mengacau aku tengah syok2 online ni.biasanya kalau tak makan lagi, kalau dah start online mesti takde masa untuk menjamu.Camnilah remaja zaman sekarang GILAK online.Oopsss!!!
Haiz!!! sejak kebelakangan ni dah dua tiga hari aku tak online cuz wifi rosak lah plak. agent TM.net pon dah empat lima kali datang untuk baiki wifi.tak sampai sehari dah xleh on tenet punyalah aku bengang.aku plak yang emo.aku memang kadang2 sewel.so ada aku keysa??? yang penting aku tak kacau hidop orang.hehe O_O.
Eh korang nak taw tak??? dulu ye2 je tuan blog ni kata nak rajin2 update blog.padahal sekarang dah terbengkalai homepage blog aku ni.Almaklumlah takde idea nak muatkan dalam blog ni. biasalah penganggur malas berfikir macam ni lah.mesti ramai dah yang skodeng blog aku tapi still sama je entri.orang pon tercari-cari "eh eh mana lah entri baru manusia ni"... haha perasan plak aku ni. entah2 sorang pon takde yang sudi baca setiap entri blog aku ni.Alahai sedih pulak dengarnya.haha. ahhh, negative thinking aje.tapi aku ada bukti taw siapa yang masuk halaman aku ni.keh3.pembaca pon mesti cuak ni kan.lalalalalalalala. eh korang faham tak aku cakap ape ni??? aku ni macam cakap sorang2 plak. bukan orang GILAK k. Opsss terlepas cakap lak.gurau jela.JANGAN PERCAYA...
Uhuk2!!! pagi yang indah ini tak taw nak wat ape plak.selalunya aku buat bodoh je.tapi skg dah bosan wat bodoh.pasni tataw nak wat ape lagi. tapi takpe, cuz xlama lagi aku akan start my new journey katakan.tapi ini rahsia. Shhhtt!! sporting2.hehe. Tapi teringin pulak nak jadi sorang wanita berkerjaya yang sentiasa busy dengan keje sana sini.aku tengok cam best je jadi orang busy.mungkin sebab sekarang ni aku duduk menganggur je.tapi bila aku ditempat orang yang sentiasa busy mungkin aku tanak kot.complicated kan.banyak songeh orang melayu kata.hehe.
Namun, kebosanan demi kebosanan mengganggu hari2 yang indah ini.aku pulak terus dan terus membengkak kan jari jemari menaip kat blog ni.dan seterusnya berpesbuking [facebook] sampai tak ingat dunia.tapi akhirat tetap diingati.cewahhh!!! camtu plak dah.
Aku rasa otak cam dah blank.maksudnya kehabisan idea lah.so tataw lagi apa nak tulis dalam entri ni.tapi rasa cam best sangat hari ni dapat update blog.ntah lah, tapi tetiba lah plak aku rajin menjenguk blog ni.padahal selama ni aku buat endah tak endah je.mungkin sebab tak lama lagi aku akan menjadi orang yang lebih busy lagi lepas ni kot.so aku update lah awal2.sekurang2nya sebulan sekali ada jugak entri baru termuat dalam blog ni.dulu tiap2 hari aku update.sekarang sebulan sekali pun bole.entah2 lepas ni 3 bulan sekali.aduhhhsss lagi kesian blog aku ni. ada sesapa nak jadi ADMIN my blog ke??? no! no! no!, takan semudah itu coz aku sayang blog aku ni.haha.
Oklah,aku rasa sampai sini je entri aku kali ni.sekurang2nya dapat jugak aku hilangkan bosan kat entri blog ni.nanti jumpa lagi di lembaran seterusnya. papai :-))

Friday, April 1, 2011

Bikin panas!!!

Eh!!! kali ni gua terus men terjah masuk entri baru.gua bilang gua sudah bosan dengan mulut longkang kau.lu sesuai lah security bermulut longkang.mula2 gua cuba bersabar gua takmau melawan cakap lu.tapi lama2 lu makin hari makin macam sampah dan longkang.gua mau tanya semua orang, manusia ada tahap kesabaran tak??? dats why kesabaran gua tercabar.eh lu boleh maki hamun gua apa pun gua sabar je selama ni.gua tak kacau hidup lu.gua biarkan je lu cakap itu ini.tapi satu hari bila lu dah melampaui batas, gua tak mau kira sama ada lu horang tua ke muda gua tetap mau bantai lu kaw2 punya lah.selepas gua sudah bantai dia, gua pun menyesal.EH!!! apa gua bantai dia teruk sangat ke??? padan muka lu. ni baru gimik.belum yang power2 punyer ayat lagi. Oopsss terlebih sudah!!! yang penting jangan kacau hidop gua, lu pasti aman damai sana okeh -_- ...

SEruan BErkaroke

WatsuPpz!!! yehaaa siapa tak kenal ni raja karukkk!!! rindu kat kengkawan seperkarokean semua.patutlah hujan turun lebat tadi, kawan kawan aku pegi karoke rupanya.haha ayat kuang asam!!! kalau jeles cakap jela kan.lalalalalala.baru-baru ni SITI NURHALIZA production telah menjemput aku untuk wat test bakat yang terpendam ni.namun rezeki tak berpihak pada ku,pelawaan kak siti telah di tolak free free camtu je.sumpah menipu weh haha.

tudiaaa kita punya sifu."tunjuk ajar ku sifu".sore ala2 sifu ni lah.kalau nyanyi hujan takan turun turun p katak bole tido taw dengar sore kita nyanyi.bukan sore kak siti ye tapi suara-suara kita.huhu (diri sendiri tak ngaku kunun).even camna pun kak siti tetap no 1 kalau mendendangkan lagu.kebanyakan lagu yang di dendangkan kalau pegi karukkk semua lagu kak siti hahak !!! kantoi sudey :))





huhuhu kalau aku cakap maher zain pun ada panggil aku untuk buat rakaman lagu mesti korang jeles kan??? haha jangan percaya lah.maher zain tak kenal aku kot.aku penah nyanyi berduet ngan maher zain tapi dengar dia dalam radio dan nyanyi sama sama.takde keje kan !!!oke lah aku dah lapar.nak menuju ke jinjang meja makan untuk menjamu selera dengan hidangan sambal udang sayur sayuran dan sotong goreng...sedappPppP meletup !!! bye semua :-))

Love everything about POLKADOTS !!

SAlam uols, muncul lagi owner blog ni kan.huhu suka suki lah yang penting aku tak kacau hidop orang.wahhh ayat minta penumbuk sebandol.laa sapa tak kenal dia yang ranggi dan rockstar ni kan haha lagi lah poyos.pegi mana mana mesti style polkadowt.bukan lah selalu bersama polkadot.tapi semua dah taw dia is ratu polkadot.see lah picture pokkadot yang HARUS ada dalam diri :-))









DIa tanak cakap banyak dah
yang penting love everything about POLKADOTS !!

Friday, January 7, 2011

Hadapi dengan hati yang tabah,lapangkan dada :-)

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

la tahzan

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan kita

Jangan bersedih dan merungut dengan ujian yang Allah bagi kat kita, sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu itu tempuhinya...
redha dan pasrah dengan setiap ujian amatlah dituntut...
sesungguhnya setiap ujian yg kita lalui itu ada hikmahnya...
Allah menguji kita kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dia sayang dan ingat kan kita...
manusia sering lalai dan alpa dengan dunia...
kadang kadangg sampai lupakan Allah...
kita kena ingat bahawa Allah adalah kekasih sejati dan abadi kita..
adakah kita sanggup walau sesaat melupakan kekasih hati yg dicintai..
tentu tidak kan...???
Ingatlah Allah maha pengampun:-))

Dalam hati tiada taman...


to you <3 <3

Hai semua,,,

Salam semua...opsss aku hampir hampir terlupa yang aku ni ada blog.maklumlah baru baru ni aku takleh nak bukak pasword gmail aku so terpaksa aku berhijrah ke emel baru tapi still guna blog yang sama ni.sebabnya dulu blog aku connect dengan emel gmail je huhu cerdik kan!!! haha. eh aku ni separuh men terjah bagi salam tapi tak tanya khabar. sory aku lupa.hai korg semua apa khabar??? sihat??? dah makan??? opss baru lepas melabur ke ahahaha gilak!!! tAk SeNonOh~
Aiseh dah masuk tahun baru.semua orang pun dah taw tahun baru dah berlalu beberapa hari kan.maknanya umur pun dah meningkat baru,hehe.penampilan pun kena ubah yang baru. eh! eh! yeke??? yela kot ibarat hidup beralih angin, tahun baru ni semua nak kena ganti baru je.boperen pun kena baru ke??? lerrr perlu ke??? hehe korang kat luar sana jangan nak cuba2 ganti boperen yang tu biar kekal hehe.kalau camni lah aku dah bole2 dah jadi dokter cinta yehaaa!!! oke aku teruskan entri:-


.....................................................................................................................................................




Alaf baru? ada apa dengan alaf baru? huhu kebanyakan orang dah tuka layout homepage blog.aku ni bila lagi nak tuka.jeng... jeng... jeng... 1 2 3 tukar +_+...dah macam rancangan TV 1 2 3 tukar hos sarimah ibrahim kan.tingok tingok aku dah tukar layout dah.amacam layout baru??? sweet kan haha kesian puji sendiri.lantak lah derrr!!! yang penting korang tak busannn asyik tingok layout yang sama je dari dulu kan hehe ^_~



====================

Semua orang "TAK UAS HATI"
kenapa???
hehe sebab entri macam tak masuk akal sangat.tetiba masuk gambar bear kat entri ni.
suka hati akulah
blog aku,lantak akulah
yang penting aku tak kacau hidop orang
Wahhh!!! ayat gilak touching
macam SENGAL je
padahal aku gurau je cakap camtu :-p

Tantek an bear ni huggies


ni apa jadah lah plak ni
tetiba terupload
tapi xpelah
buat hiasan
orang pun bertanya
saje terupload ke memamg saje2 upload???



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Busannya kat umah ni pruitt...pruiittt...bunyi perut tengah lapar macam memanggil "fruit" lak. cari cari makanan jumpe sang megi ruski je. malas pikir banyak aku layan je, megi pun megi lah janji aku kekenyangan. tetiba bunyi pintu macam ada orang ketuk tuk...tuk...tuk...panggil nama aku chunnnn!!! wey syukur Alhamdulillah housemate aku dah balik bagi hidangan kacang badam kat aku. aku layan je sebab tengah kelaparan terima kasih housemate hehe.



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Aku tataw napa aku suka sangat men conteng conteng kat blog ni padahal idea dah pokai ni,lol
bukan azam baru aku men conteng2 oke.
kang jadi vandalisme lak,oh!! tidak mungkin dia begitu rupa
.
aku rasa busann lagi ni dah kedua kali aku cakap busannn skg ni tengah baca majalah Dara.com. beselah peminat setia majalah Dara ni since 1989 eh tipu tu aku baru lahir. since 2006 lepasan form 5 laa. dulu tak suka beli majalah tu suka datang kat kedai buku tak kira MPH ke kedai buku Eatons ke ape aku belasah je yang penting aku dapat baca majalah Dara tu hehe.

kejap! kejap!
nak upload gambar jap...teeetttt*

ni lah yang aku baca skg...
teman aku setiap hari...


okelah nanti ada time aku continue lagi untuk text kat blog ni...
aku nak...
End.... tata!!! ;-))







Wednesday, December 29, 2010

welcome uol's

"Membeli tikar ke seberang perai
salam sejahtera pembuka tirai"

Welcome uol's woot woot.......welcome back to peninsular
huhu amacam bunyi pantun dua kerat Sdn.Bhd aku ni???yela kali ni aku setart dgn pantun lak plak kan.takan asyik "hai,hello,hui,hoit" je kan nanti korg bosan plak.ubah style kunun gituh^_^..

pok...pok...pok bunyi tapak kaki pejam celik dah nak masuk tahun baru kan.eh!!! cepat gilak masa berlalu.semoga di tahun baru ni rezeki melimpah limpah datang kepada kita semua kan InsyaAllah.jap jap esok cuti eh??? lerrr best gilak dah boleh2 dah lepaking dengan kawan2.
Aduishhh,cuti dah nak abes dah.macam nak tambah cuti lagi.kalau aku diberi peluang bercuti setahun lagi pun boleh.mesti sonok gilak!!! tapi tak habis cuti lagi dah balik sini.tak puas pun duk cuti kat borneo.tetiba aku dah naik kapal terbang "Awan dania" semalam.ingat ke mimpi di alam fantasi.eh sikit gua bilang "nightmare" rupanya aku dah sampai peninsular perhhh!!! bosan lak kat sini,tapi skg ni aku tengah nonton citer cartoon "segah di nusantara"eh kartun ni best gak hilang bosan gua.kartun temberang huhu!!! dan begitulah kisah kartun segah begini lah jugak hidup umpama tidak bernoktah dari nusantara ke nusantara.dan maksud aku disini nusantara terpaku asyik depan kaca Tv je cuti ni sangat best.
Namun hidup seperti beralih angin cuti sebulan dua bulan pun aku tetap bersyukur dapat gak rest2 paler hotak huhu.kita bercakap lah plak pasal kehadiran 2011.ada gak yang rindu 2010 ada gak yang tak sabau2 nak masuk 2011.laa yang takut nak masuk 2011 tu sebab risau pasal umo makin meningkat yee??? tu lah aku bilang we r still young lah i mean here still "baby face" haha nyampah derrr!!! huhu but now apa yang di harapkan pada tahun baru ni kita semua murah rezeki Amin ya rabbal alamin.ermmm aku rasa cam malas dah nak text kat blog ni.habis idea dah.nanti continue lah.End sat huhu.
dan untuk 1 malaysia selamat bercuti esok dan happy new year and happy bufday to my brother 2mrow 31 dis...

Monday, December 6, 2010

Salam maal hijrah utk 1 malaysia

Assalamualaikum 1 malaysia...welcome you...Alhamdulillah syukur kita kehadrat ilahi,pejam celik dah nak masuk tahun baru islam yang kita nanti2kan.meskipun banyak dari umat2 islam memandang "biasa-biasa saja" tahun baru islam ini namun sesungguhnya saat pergantian tahun islamlah saat yang paling tepat untuk memulai sebuah resolusi baru dengan azam baru di tahun baru.
"resolusi baru",seperti itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagiaan saudara2 kita saat mereka merayakan pergantian tahun baru masehi.namun sebenarnya momen yang tepat untuk memulai resolusi baru adalah ketika pergantian tahun baru islam.kenapakah dan mengapa??? anda semua pasti tertanya2.ke ada yang buat tak heran.huhu its ok its alrite.teruskan membaca entri blog ni.sory aku bukan ahli sasterawan yang pandai mengeluarkan ayat2 sastera yang banyak ibarat2 macam pakcik kita si karamsigh tu.yela,aku memang tabik kat dia mmg banyak ibarat before mengakhiri ucapannya.oupsss!!! lari tajuk ke.oke kita teruskan...
Mengapa ye tadi??? disini ada jawapannya kenapa.untuk menjawab pertanyaan tadi kita akan melihat sekilas jauh kebelakang tentang asal muasal dimulainya perhitungan tahun/kalendar islam(hijriyah).ketika itu khalifah umar bin khattab ra. setelah berunding dengan beberapa penasihatnya akhirnya telah memutuskan menggunakan tahun baru dimana Rasulullah saw. berhijrah dari mekah ke madinah sebagai awal perhitungan kalendar islam.momentum hijrah Rasulullah saw. dianggap mewakili "era baru",kerana bukan halnya saat itu Rasulullah berhasil meloloskan diri dari kota mekah yang tidak sudah kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan islam sehingga beliau berhasil membangun pondasi mental dan spiritual bagi umat islam yang terasa sampai sekarang ini.para salihin mengajar kita untuk berdoa menjelang pergantian tahun...
Dan setelah kita memulai tahun baru islam nanti semoga hidup kita lebih diberkati dan di rahmati Allah swt.seperti pepatah "buang yang keruh ganti yang jernih" pabila kita sudah memulakan langkah ke alaf baru era baru wif azam yang baru.
Seterusnya,agak ditakuti ramai jika remaja zaman skg salah menggunakan tahun baru islam dengan sambutan yang tak elok."lu pikir lah srndiri".
okelah,rasanya entri aku kali ni sampai sini je.aku tataw ayat aku agak formal ke tak.tapi ni utk renungan bersama semata2.
Salam maal hijrah untuk semua^_^

Sunday, November 14, 2010

Manusia yang bajet menagih respect tapi tak layak !!!

Heys!! bajet beruban means orang tua ke???
kalau lu ada uban pun apa masalahnya
nak kecoh lu orang tua la???
ntah2 penyakit rambut ke ape tataw lah
gua pun leh warna rambut gua warna putih dan cakap nampak ni uban!! uban!! haha
lu bajet beruban dan minta lu di respect
lu sendiri tak respect orang padahal
haha ayat gua macam nak minta kaki sebandol pun bole !!

Lu mau tagih penghormatan dari semua orang
eh !! aku bilang lu tak layak !!
lu layak dapat sepakan laju2 dari mr.ronaldo
gua bilang lu ndak layak jejak bumi
sorry brader !!!

GUA...

BILANG...

LU...

TAK...

LAYAK...

JEJAK...

BUMI...

"ini FAKTA,bukan AUTA"

Tuesday, November 9, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA :)

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Drama lestari ASMARA terjerat dalam perjanjian nyawa

Assalamualaikum w.b.t semua
sekarang ni saya tengah menonton cerita yang hangat ditayangkan di TV3
cite "ASMARA' yang mana menyampaikan mesej dan mengambil ikhtibar daripada masalah sosial remaja sekarang akibat daripada pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama
Dengan judul ASMARA cite ni membawa tema "Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa" di slot lestari setiap selasa 9.00pm.



drama episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara heykal hanafiah dan skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.Asmara akan menggandingkan bintang baru seperti shaz jazle sebagai Asmara,faezah elai sebagai Zaliya dan selain daripada pelakon-pelakon popular seperti nazim othman,fiza elite,syed ali,dian p.ramlee,mustapha kamal,fauziah nawi dan rahim jelani.Amboiii,aku rasa aku dah macam pembantu pengarah dah hafal pulak nama pelakon.so,silah lah menonton sampai lebam hehe^_^


kalau nak taw cerita ini lebih lanjut
sila lah menonton sambi makan tempeh goreng sulam dengan juice apple asamboi pun bole.selepas menonton cerita ini mungkin anda akan rasa sakit hati penuh emosi disamping mendapat sedikit pengajaran kepada kita semua.kalau saya kata best memang best lah cite tu^_^

Tuesday, October 26, 2010

Mereka TIDAK reti menghargai kaum wanita

Sesaat Awal pernikahan...
Suami: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Isteri: apakah kau rela kalau aku pergi ???
Suami: Tentu tidak ! jangan sesekali kau berfikiran begitu !
Isteri : Apakah kau mencintaiku ???
Suami : Tentu ! selamanya aku akan tetap begitu !
Isteri : Apakah kau pernah berlaku curang ???
Suami : Tidak ! aku tidak akan melakukan hal seburuk itu !
Isteri : Mahukah kau mencium dahiku ???
Suami : Ya !
Isteri : Sayangku... !
Sesudah 5 tahun berkhawin...
ANDA BACA DARI BAWAH KE ATAS PULAK.....^_^...

Sunday, October 24, 2010

Aku stalker ha ha ha

Ramai sangat yang obes kat dia ni
kawan aku pun obes kat dia gak
apa lah ada pada Bill ni
nak kata handsome boy pun tak jugak
nak kata cantik pun tak kena gak
tapi gua bilang gua suka rambut dan mata dia
...lalalalalalalalalala...
eh eh tapi aku takde lah sampai tergilak gilak minat kat dia ni
huhu


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Futohhh gaya hard rock Bill kaulitz dowh
haaa camni baru ada style orang malaysia kata
kasih tarik sikit kaki tu kalau nak nyanyi rock haha

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

tuuu dia rambut baru bangun Mr.bill
hehe suka kan rambut camni macam baru kena karan pun ada
tapi stylo ape





,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Ni orang kata "PUNK NOT DEAD"
perghhh kalau lah aku yang berjalan camni kat mall
aisehhh bergaya dowh
anda suka tak???















huhu apa kata anda pulak??? beselah remaja zaman sekarang nak yang stylo dan rockstar saje
ish! ish! ish!