Friday, January 7, 2011

Hadapi dengan hati yang tabah,lapangkan dada :-)

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

la tahzan

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan kita

Jangan bersedih dan merungut dengan ujian yang Allah bagi kat kita, sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu itu tempuhinya...
redha dan pasrah dengan setiap ujian amatlah dituntut...
sesungguhnya setiap ujian yg kita lalui itu ada hikmahnya...
Allah menguji kita kerana Dia mahu kita tahu bahawa Dia sayang dan ingat kan kita...
manusia sering lalai dan alpa dengan dunia...
kadang kadangg sampai lupakan Allah...
kita kena ingat bahawa Allah adalah kekasih sejati dan abadi kita..
adakah kita sanggup walau sesaat melupakan kekasih hati yg dicintai..
tentu tidak kan...???
Ingatlah Allah maha pengampun:-))

Dalam hati tiada taman...


to you <3 <3

Hai semua,,,

Salam semua...opsss aku hampir hampir terlupa yang aku ni ada blog.maklumlah baru baru ni aku takleh nak bukak pasword gmail aku so terpaksa aku berhijrah ke emel baru tapi still guna blog yang sama ni.sebabnya dulu blog aku connect dengan emel gmail je huhu cerdik kan!!! haha. eh aku ni separuh men terjah bagi salam tapi tak tanya khabar. sory aku lupa.hai korg semua apa khabar??? sihat??? dah makan??? opss baru lepas melabur ke ahahaha gilak!!! tAk SeNonOh~
Aiseh dah masuk tahun baru.semua orang pun dah taw tahun baru dah berlalu beberapa hari kan.maknanya umur pun dah meningkat baru,hehe.penampilan pun kena ubah yang baru. eh! eh! yeke??? yela kot ibarat hidup beralih angin, tahun baru ni semua nak kena ganti baru je.boperen pun kena baru ke??? lerrr perlu ke??? hehe korang kat luar sana jangan nak cuba2 ganti boperen yang tu biar kekal hehe.kalau camni lah aku dah bole2 dah jadi dokter cinta yehaaa!!! oke aku teruskan entri:-


.....................................................................................................................................................




Alaf baru? ada apa dengan alaf baru? huhu kebanyakan orang dah tuka layout homepage blog.aku ni bila lagi nak tuka.jeng... jeng... jeng... 1 2 3 tukar +_+...dah macam rancangan TV 1 2 3 tukar hos sarimah ibrahim kan.tingok tingok aku dah tukar layout dah.amacam layout baru??? sweet kan haha kesian puji sendiri.lantak lah derrr!!! yang penting korang tak busannn asyik tingok layout yang sama je dari dulu kan hehe ^_~



====================

Semua orang "TAK UAS HATI"
kenapa???
hehe sebab entri macam tak masuk akal sangat.tetiba masuk gambar bear kat entri ni.
suka hati akulah
blog aku,lantak akulah
yang penting aku tak kacau hidop orang
Wahhh!!! ayat gilak touching
macam SENGAL je
padahal aku gurau je cakap camtu :-p

Tantek an bear ni huggies


ni apa jadah lah plak ni
tetiba terupload
tapi xpelah
buat hiasan
orang pun bertanya
saje terupload ke memamg saje2 upload???



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Busannya kat umah ni pruitt...pruiittt...bunyi perut tengah lapar macam memanggil "fruit" lak. cari cari makanan jumpe sang megi ruski je. malas pikir banyak aku layan je, megi pun megi lah janji aku kekenyangan. tetiba bunyi pintu macam ada orang ketuk tuk...tuk...tuk...panggil nama aku chunnnn!!! wey syukur Alhamdulillah housemate aku dah balik bagi hidangan kacang badam kat aku. aku layan je sebab tengah kelaparan terima kasih housemate hehe.



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Aku tataw napa aku suka sangat men conteng conteng kat blog ni padahal idea dah pokai ni,lol
bukan azam baru aku men conteng2 oke.
kang jadi vandalisme lak,oh!! tidak mungkin dia begitu rupa
.
aku rasa busann lagi ni dah kedua kali aku cakap busannn skg ni tengah baca majalah Dara.com. beselah peminat setia majalah Dara ni since 1989 eh tipu tu aku baru lahir. since 2006 lepasan form 5 laa. dulu tak suka beli majalah tu suka datang kat kedai buku tak kira MPH ke kedai buku Eatons ke ape aku belasah je yang penting aku dapat baca majalah Dara tu hehe.

kejap! kejap!
nak upload gambar jap...teeetttt*

ni lah yang aku baca skg...
teman aku setiap hari...


okelah nanti ada time aku continue lagi untuk text kat blog ni...
aku nak...
End.... tata!!! ;-))