Friday, May 21, 2010

kesedihAn bukAn keharusAn~

Kesedihan itu hanya akan memadam api motivasi,membunuh roh semangat dan membekukan jiwa.dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan seterusnya tidak berdaya.mengapa berlaku sedemikian???
ini adalah kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan.
Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya.kesedihan sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi oleh SYAITAN.maka dari itu syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.Ini telah dinyatakan Allah dalam firmanNya:
sesungguhnya perbicaraan rahsia itu adalah dari syaitan supaya orang-orang mukmin berdukacita...(Al-Mujadilah:10)...

kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula diharap-harapkan,bahkan ia tidak mendatangkan manfaat.kesedihan merupakan sahabat akrab kecemasan yang melemahkan semangat beraktiviti dan mematikan kehendak hati untuk berbuat sesuatu kebaikan.kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan,keluhan dan kebingungan.ia jugak boleh menyebabkan kemurungan yang menggelapkan hati dan menyebabkan seluruh keindahan menjadi layu.

dengan kesedihan,keadaan yang baik akan berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan akan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan pesimisme,penyesalan dan kebinasaan diri yang tiada tara.

meskipun demikian,pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang.Oleh kerana itu,disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:-
....segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami.....(Fathir:34)