Wednesday, December 29, 2010

welcome uol's

"Membeli tikar ke seberang perai
salam sejahtera pembuka tirai"

Welcome uol's woot woot.......welcome back to peninsular
huhu amacam bunyi pantun dua kerat Sdn.Bhd aku ni???yela kali ni aku setart dgn pantun lak plak kan.takan asyik "hai,hello,hui,hoit" je kan nanti korg bosan plak.ubah style kunun gituh^_^..

pok...pok...pok bunyi tapak kaki pejam celik dah nak masuk tahun baru kan.eh!!! cepat gilak masa berlalu.semoga di tahun baru ni rezeki melimpah limpah datang kepada kita semua kan InsyaAllah.jap jap esok cuti eh??? lerrr best gilak dah boleh2 dah lepaking dengan kawan2.
Aduishhh,cuti dah nak abes dah.macam nak tambah cuti lagi.kalau aku diberi peluang bercuti setahun lagi pun boleh.mesti sonok gilak!!! tapi tak habis cuti lagi dah balik sini.tak puas pun duk cuti kat borneo.tetiba aku dah naik kapal terbang "Awan dania" semalam.ingat ke mimpi di alam fantasi.eh sikit gua bilang "nightmare" rupanya aku dah sampai peninsular perhhh!!! bosan lak kat sini,tapi skg ni aku tengah nonton citer cartoon "segah di nusantara"eh kartun ni best gak hilang bosan gua.kartun temberang huhu!!! dan begitulah kisah kartun segah begini lah jugak hidup umpama tidak bernoktah dari nusantara ke nusantara.dan maksud aku disini nusantara terpaku asyik depan kaca Tv je cuti ni sangat best.
Namun hidup seperti beralih angin cuti sebulan dua bulan pun aku tetap bersyukur dapat gak rest2 paler hotak huhu.kita bercakap lah plak pasal kehadiran 2011.ada gak yang rindu 2010 ada gak yang tak sabau2 nak masuk 2011.laa yang takut nak masuk 2011 tu sebab risau pasal umo makin meningkat yee??? tu lah aku bilang we r still young lah i mean here still "baby face" haha nyampah derrr!!! huhu but now apa yang di harapkan pada tahun baru ni kita semua murah rezeki Amin ya rabbal alamin.ermmm aku rasa cam malas dah nak text kat blog ni.habis idea dah.nanti continue lah.End sat huhu.
dan untuk 1 malaysia selamat bercuti esok dan happy new year and happy bufday to my brother 2mrow 31 dis...

Monday, December 6, 2010

Salam maal hijrah utk 1 malaysia

Assalamualaikum 1 malaysia...welcome you...Alhamdulillah syukur kita kehadrat ilahi,pejam celik dah nak masuk tahun baru islam yang kita nanti2kan.meskipun banyak dari umat2 islam memandang "biasa-biasa saja" tahun baru islam ini namun sesungguhnya saat pergantian tahun islamlah saat yang paling tepat untuk memulai sebuah resolusi baru dengan azam baru di tahun baru.
"resolusi baru",seperti itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagiaan saudara2 kita saat mereka merayakan pergantian tahun baru masehi.namun sebenarnya momen yang tepat untuk memulai resolusi baru adalah ketika pergantian tahun baru islam.kenapakah dan mengapa??? anda semua pasti tertanya2.ke ada yang buat tak heran.huhu its ok its alrite.teruskan membaca entri blog ni.sory aku bukan ahli sasterawan yang pandai mengeluarkan ayat2 sastera yang banyak ibarat2 macam pakcik kita si karamsigh tu.yela,aku memang tabik kat dia mmg banyak ibarat before mengakhiri ucapannya.oupsss!!! lari tajuk ke.oke kita teruskan...
Mengapa ye tadi??? disini ada jawapannya kenapa.untuk menjawab pertanyaan tadi kita akan melihat sekilas jauh kebelakang tentang asal muasal dimulainya perhitungan tahun/kalendar islam(hijriyah).ketika itu khalifah umar bin khattab ra. setelah berunding dengan beberapa penasihatnya akhirnya telah memutuskan menggunakan tahun baru dimana Rasulullah saw. berhijrah dari mekah ke madinah sebagai awal perhitungan kalendar islam.momentum hijrah Rasulullah saw. dianggap mewakili "era baru",kerana bukan halnya saat itu Rasulullah berhasil meloloskan diri dari kota mekah yang tidak sudah kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan islam sehingga beliau berhasil membangun pondasi mental dan spiritual bagi umat islam yang terasa sampai sekarang ini.para salihin mengajar kita untuk berdoa menjelang pergantian tahun...
Dan setelah kita memulai tahun baru islam nanti semoga hidup kita lebih diberkati dan di rahmati Allah swt.seperti pepatah "buang yang keruh ganti yang jernih" pabila kita sudah memulakan langkah ke alaf baru era baru wif azam yang baru.
Seterusnya,agak ditakuti ramai jika remaja zaman skg salah menggunakan tahun baru islam dengan sambutan yang tak elok."lu pikir lah srndiri".
okelah,rasanya entri aku kali ni sampai sini je.aku tataw ayat aku agak formal ke tak.tapi ni utk renungan bersama semata2.
Salam maal hijrah untuk semua^_^

Sunday, November 14, 2010

Manusia yang bajet menagih respect tapi tak layak !!!

Heys!! bajet beruban means orang tua ke???
kalau lu ada uban pun apa masalahnya
nak kecoh lu orang tua la???
ntah2 penyakit rambut ke ape tataw lah
gua pun leh warna rambut gua warna putih dan cakap nampak ni uban!! uban!! haha
lu bajet beruban dan minta lu di respect
lu sendiri tak respect orang padahal
haha ayat gua macam nak minta kaki sebandol pun bole !!

Lu mau tagih penghormatan dari semua orang
eh !! aku bilang lu tak layak !!
lu layak dapat sepakan laju2 dari mr.ronaldo
gua bilang lu ndak layak jejak bumi
sorry brader !!!

GUA...

BILANG...

LU...

TAK...

LAYAK...

JEJAK...

BUMI...

"ini FAKTA,bukan AUTA"

Tuesday, November 9, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA :)

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Drama lestari ASMARA terjerat dalam perjanjian nyawa

Assalamualaikum w.b.t semua
sekarang ni saya tengah menonton cerita yang hangat ditayangkan di TV3
cite "ASMARA' yang mana menyampaikan mesej dan mengambil ikhtibar daripada masalah sosial remaja sekarang akibat daripada pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama
Dengan judul ASMARA cite ni membawa tema "Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa" di slot lestari setiap selasa 9.00pm.



drama episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara heykal hanafiah dan skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.Asmara akan menggandingkan bintang baru seperti shaz jazle sebagai Asmara,faezah elai sebagai Zaliya dan selain daripada pelakon-pelakon popular seperti nazim othman,fiza elite,syed ali,dian p.ramlee,mustapha kamal,fauziah nawi dan rahim jelani.Amboiii,aku rasa aku dah macam pembantu pengarah dah hafal pulak nama pelakon.so,silah lah menonton sampai lebam hehe^_^


kalau nak taw cerita ini lebih lanjut
sila lah menonton sambi makan tempeh goreng sulam dengan juice apple asamboi pun bole.selepas menonton cerita ini mungkin anda akan rasa sakit hati penuh emosi disamping mendapat sedikit pengajaran kepada kita semua.kalau saya kata best memang best lah cite tu^_^

Tuesday, October 26, 2010

Mereka TIDAK reti menghargai kaum wanita

Sesaat Awal pernikahan...
Suami: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Isteri: apakah kau rela kalau aku pergi ???
Suami: Tentu tidak ! jangan sesekali kau berfikiran begitu !
Isteri : Apakah kau mencintaiku ???
Suami : Tentu ! selamanya aku akan tetap begitu !
Isteri : Apakah kau pernah berlaku curang ???
Suami : Tidak ! aku tidak akan melakukan hal seburuk itu !
Isteri : Mahukah kau mencium dahiku ???
Suami : Ya !
Isteri : Sayangku... !
Sesudah 5 tahun berkhawin...
ANDA BACA DARI BAWAH KE ATAS PULAK.....^_^...

Sunday, October 24, 2010

Aku stalker ha ha ha

Ramai sangat yang obes kat dia ni
kawan aku pun obes kat dia gak
apa lah ada pada Bill ni
nak kata handsome boy pun tak jugak
nak kata cantik pun tak kena gak
tapi gua bilang gua suka rambut dan mata dia
...lalalalalalalalalala...
eh eh tapi aku takde lah sampai tergilak gilak minat kat dia ni
huhu


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Futohhh gaya hard rock Bill kaulitz dowh
haaa camni baru ada style orang malaysia kata
kasih tarik sikit kaki tu kalau nak nyanyi rock haha

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

tuuu dia rambut baru bangun Mr.bill
hehe suka kan rambut camni macam baru kena karan pun ada
tapi stylo ape





,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Ni orang kata "PUNK NOT DEAD"
perghhh kalau lah aku yang berjalan camni kat mall
aisehhh bergaya dowh
anda suka tak???















huhu apa kata anda pulak??? beselah remaja zaman sekarang nak yang stylo dan rockstar saje
ish! ish! ish!

Friday, October 22, 2010

Kisah mereka di alam Magika

Dia penat menunggu
akhirnya kau datang
dorg beli tiket bus sesama
tiket bus lama lagi dalam 1 jam
dorg pegi jalan2
hair cut and Mcd
lepas tu masa semakin cemburu
mereka berlari2 pegi terminal seperti di alam cerita hindustan
Alamak!!! camna ni???
Tertinggal bus
pastu beli tiket kanak2
dah beli tunggu 30 minit lagi
mereka makan Mcd yang di bungkus tadi kat tepi jalan
hehe klaka lah
like this !!!
in memory forever and today ^_^

Monday, October 18, 2010

Bila berat badan dah naik baru nak kepoh2

Assalamualaikum semua.yo!!! baru update blog.sory sangat bz prepare exam yang tak lama lagi.ni pun aku amek sedikit sebanyak masa je untuk mengupdate my blog.makin dewasa makin kekurangan idea nak tulis ape kat blog.sepatotnya makin dewasa makin banyak idea kan.huhu^_^.mungkin kah sebab aku dah mok???mesti korang suka kan entri sal kegemukan ni.sebab ramai popuan yang dah risau dengan berat badan yang dah naik.oupzzz!!! shhh,sporting2 kite2 je tahu.haha bengonglah aku, orang baca kot.ok kite teruskan entri seterusnya...

dah risau berat badan makin naik???gemuk???haha aku rasa aku takde lah gemuk pun (bajet selim),tapi tetap nak nampak kurus.wey sapa nak ikut aku ke arah kemontelan??? haiz dah gemuk bising plak.sape suruh kuat makan.apa tak nya,di hadapan aku ada Mr.sushi,Mr.chikcen chop,Mr.tomyam,Mr apa lagi???Mr segala makanan.aku ape lagi bantai je janji aku makan kenyang dan makanan habis.sayang taw buang2 makanan.tak baik!!!kena habiskan makanan supaya gemuk macam dia.haha dia tak ngaku eh??? wokey takpe yang penting dia confident.segala janji nak joging pusing2 1 fair park dulu tak kesampaian dengan janji nak pusing2 belakang kedai mamak tasneem lagi lah tak jadi.alasan sebab takut anjing haha.aku tak takut,kawan aku yang takut anjing (tak ngaku lagi).ok takpe kite tingok 2 month cuti nanti aku berpuasa demi menslimkan badan sebab aku dah bet dengan datin suraya sapa yang selim nanti???yo!!! boleh ke??? jangan balik dari cuti nanti makin montel ada lah haha.sory bukan suraya but me ye.kite tunggu dan lihat cuti ni aku nak apply kolej london weight management,slim word segala new york skin solution.wah cam blaja kat luar negara lah pulak.tapi aku london weight management yang manual je.huhu faham2 lah ye.duit pun tak cukup nak beli blackberry apa kan lagi london segala new york.so manual jela.yang penting daftar nama.

Ok lah kalau ada makanan kat depan mata tahan2 lah ye.kite tunggu entri kesliman nanti.ok aku nak sambung study.aku dah habiskan masa kat blog je.kalau habiskan masa tok makan takpe gak eh mak kau tersasul lagi jangan cakap sal makan tingok dah kantoi hehe.shhh!!!

Wednesday, September 1, 2010

Exam yang menyiksakan

Arghhh time exam je mengantuk apa jadah lah.mau bagitahu wey duka orang menghadapi EXAMmm.sumpah tak tipu wey mata berat gile mengantuk.wey kau ni boleh lah dikatakan Queen segala tido sampai gempa bumi pun tak sedar...
Gadis bintang pisces kata i hate u very much "EXAM".wey kau dah ganggu time tido aku.minah ni dah gile blog ke hape on je blog tak ngantuk... on buku je mula dah kacau bilau mengantuk banyak bunyi tol lah beb!!!
Bertanya,wey pe ubat supaya tak mengantuk.hampehnya jawapan kata "minum nescafe".kau jangan bikin aku parkinson wey kau taw x aku elergik nescafe (alasan).aku minium 2 3 gelas nescafe pon lagi mengantuk keparkinsonan.
perghhh lancar gile tangan kau bersenam kat keyboard laptop ni mcm menaip mesin trengkas bak kata kakaknya.alangkah bagusnya lah kalau takde Exammm almatnya dah tido zZZ.tapi sebab kau lah terpaksa batalkan hasrat dimata yang dah berat kemengantukan.kalau Exam Blaja Memandu tu leh ar relax2 tido sambil mimpi tengah memandu kete lamboghini(kisah lamboghini anda dibuli ditipu) hahahahhh...

weh dah boley2 dah kasih semangat skit mood study dan ringankan mata supaya tak mengantuk.thanx lah wey kau memang pandai kasih kejut orang untuk study.gua mau tabik anda.
Okay mata dah semakin bersemangat.tapiiii.....ada tapi??? tapi perut lapar ngrok ngrok berbunyi.eh diamlah perut kau dah gemuk jangan makan malam.padan muka terasa ke.engkau pulak kasih tunjuk makanan yang sedap2 lagi lah nafsu makan mendadak.sapa lah tak kenal kau tu raja segala ngantuk segala makan yang beriman...okay dah2 kau pegi lah study.

Monday, August 23, 2010

Syukur alhamdulillah,selesai lah sudah

Tahniah ye tahniah kepada kau coz sudah kasih kalah pengacara popular melodi tv3 fara dan wahid.mesti dorang hampeh dowh bile taw kau jadi MC.biarlah yang penting kau confident.wey tuah badan wey sapalah tahu bakat terpendam kau sudah terserlah.eh jangan perasan lah minah baru sekali jadi MC mau kecoh.bukan 2 3 kali pon.alah biarlah, saja mengasah bakat time2 remaja ni haha.kat bawah bayu bakat tak terasah,kat atas bayu lah plak kau asah nya.wey jangan bikin kasih sentap lah bila kau sudah guna bahasa BAKU tetiba cakap bahasa tak baku.Agak2 lah wey "bicara" pun nak kena sebut "bicare".jangan bikin malu badan lah minah kepala ting tong semua pun bole.
wey baik kau ucap terima kasih sekarang kat ejen
Syarikat New Baby Born (NBB). Ucap wey ucap!!!OK terima kasih NBB.lain kali jangan salah cari orang ye!!!


MC



Para technical


timbalan dekan, lecturer2, para hadirin hadirat dan peserta2 yang dihormati sekian lah sudah...

Monday, August 16, 2010

Ubat Lozenges hasilku

sampel ubat lozenges.seminggu lagi ubat ni cair lah

white & pinky lozenges




Omg,beliau kata "ubat sapa yang cantik" akan di pamerkan time hari pameran unikl.padan muka kau tak buat betul2.jangan perasan lah wey ubat kau jadi top 5.baru 3 hari dah cair kot.ok takpe lah bukan rezeki kau.kadang2 tuah badan bukan kat diri sendiri.ala bagilah peluang kat orang lain wey kau jangan nak haloba sangat lah.okay engkau kan suka abaikan benda2 tak berapa penting. setelah sudah diabaikan ...

weh2,jap jap...

orang tanya,napa letak ubat kat zipper bag? haha beselah dah kehabisan stok Oinment Jar.syukur lah wey daripada bawak bekas sendiri.jangan nak banyak merungut sangat lah.

Monday, August 9, 2010

Before and After

Orang kata ni kak aku.sikit mau pecah perut aku ketawa terbahak bahak...
kah! kah! kah! kah!
ada gak yang kata ni kembar aku

SEKALI LAGI aku bunyi...
kah!
kah! kah!

cacing dalam perut aku pun leh demam seminggu kalau korang kata ni kembar aku
hehe tengok tu tengok tak sama kan
cuma seiras sikit sikit je lalalala


Sebelum
Selepas

Gambar ni pun boleh aku cakap sebelum dan selepas
tapi sebenarnya orang yang berbeza
lalala
lepas ni kalau ada yang cakap "kita serupa"
memang anda yang ke-10001x berkata sedemikian :))
lu pikir lah sendiri

Wednesday, July 28, 2010

My pets

hee,mesti ramai di luar sana yang tak suka kucing kan??? xpe!! yang penting aku suka :-p

















sebab dikau comel meow!!!

Tuesday, July 27, 2010

Siapa lagi bangsa prihatin ???


Bertanya disini,dimana sifat keperimanusiaan zaman sekarang??? takan memulai balik zaman jahiliah suatu ketika dahulu kala. kesian kesian. dan kenapa banyak terjadi di negara kita ???
sudah boleh di ibaratkan "Seperti menconteng arang di muka negara sendiri" common lah,bersama sama lah kita membendung masalah yang semakin menular di kalangan bangsa negara kita sekarang.okeh !!!

Pisces garl




*****************************************



>
< >
< >
< >
< >
<

Publish Post

Saturday, July 17, 2010

TWILIGHT midnight 16 july 1O






Wednesday, July 7, 2010

!!~i hAtE pOpUAn gEWdiX~!!

♥ F ♥ E ♥ E ♥ L ♥ I ♥ N ♥ G ♥ S ♥

Friday, June 18, 2010

RENUNGAN

Seharusnya perlu bersyukur dan berlapang dada dEngAn apa sahaja yAng dilalui dAlAm hidup ini dan bukannya menangisi seolah-olah hidup akan berakhir pAdA esok hari...mungkin apa yang kita suka itu tidak di sukai oleh Allah dan DIA beri sesuatu yang kita tAk pernah jangka dan itulah sebenarnya yang terbaik buat kita...=).so,jangan lah tangisi yang dah hilAng sebab mungkin itU bukAn yAng terbAik unTuk kitA.redhA dAn sentiAsA berdoa & berSyukuR atAs ApA yAng kitA AdA.kitA mAsih AdA Allah.bErsErAhlAh pAdA AllAh.insyaAllah~

Saturday, June 12, 2010

Special day

03 AUGUST 2008
keheningan gelap yang memilu cahaya
mewarna menghiasinya sanubari cerah
sang mentari menyulam bahagia kita berdua
bagaikan malam dan siang
kan bersama hanya pada waktu senja
kekasih kan ku menghiasi sepi senjaku ku bersamamu
Ohhh Tuhan satukanlah jiwa yang tak sehaluan
namun hati kita sama dalam cinta
kita berdua bagaikan malam dan siang
kan bersama hanya pada waktu senja
yang suram
14 MARCH 1988 and 15 MARCH 1989 i

Saturday, May 29, 2010

Sumandak Bertuah~

Kalau aku cakap aku sayang kau jangan nak perasan lebih lah oke perempuan
oke aku gtaw aku sayang IFFNI SURAYA
sorry lah gambar takde
cukuplah nama kau terpampang di muka blog orang pemes ni pun jadilah
kalau aku kata kau kawan raja pau raja melalak jangan nak naik angin sangatlah
sebab kau akan melalak seperti harimau tak berbelang juga tak berbintang
MACAM NI...
"Woi sumandak masak untuk aku"
"woi sumandak jum karoke"
pastu begini jawab yang sorg " yah bah aku masak untuk ko,mo makan apa bah"

Dan begitu jugak kemas rumah ke masak ke mesti ada bunyi "gedegang gedegung ketang ketung ting tong" kedepan kebelakang rumah
bajet berlawan dentuman boom periuk rumah cina kat belakang ape
ahaks kawan2 !!
aku tak salah pilih kau kawan
"one head" aku yang bilang aku sayang kau
anyway, thanx my true frends for everything." happy friendship day"

Friday, May 21, 2010

kesedihAn bukAn keharusAn~

Kesedihan itu hanya akan memadam api motivasi,membunuh roh semangat dan membekukan jiwa.dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan seterusnya tidak berdaya.mengapa berlaku sedemikian???
ini adalah kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan.
Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya.kesedihan sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi oleh SYAITAN.maka dari itu syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.Ini telah dinyatakan Allah dalam firmanNya:
sesungguhnya perbicaraan rahsia itu adalah dari syaitan supaya orang-orang mukmin berdukacita...(Al-Mujadilah:10)...

kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula diharap-harapkan,bahkan ia tidak mendatangkan manfaat.kesedihan merupakan sahabat akrab kecemasan yang melemahkan semangat beraktiviti dan mematikan kehendak hati untuk berbuat sesuatu kebaikan.kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan,keluhan dan kebingungan.ia jugak boleh menyebabkan kemurungan yang menggelapkan hati dan menyebabkan seluruh keindahan menjadi layu.

dengan kesedihan,keadaan yang baik akan berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan akan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan pesimisme,penyesalan dan kebinasaan diri yang tiada tara.

meskipun demikian,pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang.Oleh kerana itu,disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:-
....segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami.....(Fathir:34)

dun't be SAD

~JANGAN BERSEDIH BILA SESEORANG MENYAKITI ANDA~
Tanyakan pada diri anda,apa kemungkinan terburuk yang akan terjadi??? persiapkan diri anda untuk menerima dan menghadapinya.kemudian,hadapi dengan tenang untuk menjadikan keungkinan terburuk itu menjadi lebih baik.bila Allah memudahkan urusan tentu semua menjadi mudah,yang keras menjadi lembut yang sukar akan menjadi senang. berapa banyak orang tamak???yang tidak boleh memenuhi keperluannya!! berapa pula masa mendatangkan khabar gembira???... berapa banayak penakut menjadi menakutkan dan mengerikan??? berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya??? dan berapa banyak peristiwa manis menjadi pahit??? sungguh dunia menipu!!! orang kaya boleh jadi fakir sedang orang fakir dijadikan kaya setelah melalui kesulitan. dan berapa banyak yang telah kita saksikan orang hidup dalam kekotoran,sedangkan lainnya menjadi suci setelah membersihkan kotorannya...TIDAK ADA YANG MENYATAKAN TERJADINYA HARI ITU SELAIN ALLAH~
Renung-renungkanlah!!!